Google+
Latest Lyric :

Debaran Cinta Lirik - Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Debaran Cinta Lirik Lagu
Kau hadir mengisi kekosongan hati
Menyeri sebuah jiwa oh... yang sepi
Kau pergi tanpa aku menyedari
Terperangkap dalam cinta yang tak pasti
Aku pun keliru terdiam membisu
Terasa bagai kehilanganmu
Kau lafazkan cintamu tetapi aku ragu
Mengapa kini ku merindu

Walaupun ku mencuba tuk melupa
Namunku tidak berdaya
Terasa gelisah bila kau tiada
Oh... kasihku inikah debaran cinta

Alunkan irama kasih dan sayangmu
Lagukan dengan nada cinta yang Satu
Sandarkan resah jauh ke puncak rindu
Damaikan hati dengan bisikan cintamu

Kini bermula getar asmara
Sejak bersua
Naluri hatiku berkata
Dikau ku cinta... mungkin kau jua
Merasakannya... di hati
Share this article :
 
Copyright © 2014. United Lyrics - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger